Thursday, July 15, 2010

Rahsia Pelajar Cemerlang

SIRI TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN
Perkara asas dan perkara pokok: "Matlamat dan cita-cita
Kehidupan seseorang pelajar adalah ibarat sebuah kapal di tengah lautan yang
menghadapi pelbagai dugaan, halangan dan rintangan.
Tanpa ilmu pengetahuan dalam pelayaran dan bekalan yang secukupnya serta halatuju (pelabuhan) yang jelas, maka kita akan menjadi pelayar (pelajar) yang terumbang-ambing di bawa arus yang deras.
Begitulah halnya dengan setiap pelajar. Mereka perlu mempunyai matlamat dan
cita-cita dalam hidup. Di samping itu, matlamat akan hanya tercapai apabila ianya
disertakan dengan daya usaha yang kental dan berterusan
Matlamat adalah inspirasi perjuangan yang boleh membantu kita mencapai
kejayaan hidup. Manakala, usaha adalah intipati yang jelas membawa kita kepada
matlamat.
Pendek kata;
"MATLAMAT tanpa USAHA sering dikaitkan dengan jiwa ANGAN-ANGAN";
"USAHA tanpa MATLAMAT sering dikatakan jiwa SIA-SIA";
"MATLAMAT disertakan USAHA pasti membawa kepada jiwa penuh
KEJAYAAN".

Nantikan siri seterusnya.............
SIRI TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN
Intipati Pokok: "Usaha yang jitu"

0 comments:

Post a Comment